Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi impak yang
baik kepada pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak terhad di dalam bilik darjah
malah boleh dilaksanakan di luar bilik darjah. Kemudahan Internet pada masa kini amat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Classroom Digital semakin banyak diaplikasikan di sekolah mahupun institusi-institusi
pengajian tinggi. Penggunaan peranti seperti telefon pintar, tablet dan komputer dapat
digunakan dalam proses PdP. Banyak aplikasi yang boleh diinstall oleh pensyarah untuk
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti One Note, Notability, Xodopdf,
Drawboard PDF. Semua aplikasi ini adalah percuma dan pensyarah bebas untuk
muat turun seberapa banyak yang mungkin.

Oleh itu, inovasi untuk menggunakan Kuiz online menggunakan aplikasi Quizizz.com
merupakan salah satu cara yang kami gunakan untuk menguji pelajar. Sasaran
pelaksanakan kuiz ini telah diuji bagi pelajar PDT II Modul 2 dan PDT II Modul 3.
Pelajar yang mengambil matapelajaran Sains Komputer. Ia dilaksanakan bukan sahaja
untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik, malah dapat
meningkatkan kefahaman pelajar dalam setiap topik yang diuji.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran sejajar dengan matlamat
pendidikan abad ke-21.

Objektif
- Menguji kefahaman pelajar dalam setiap topik pembelajaran.
- Menarik minat pelajar untuk bersaing secara sihat dalam kalangan rakan sekelas.
- Mengurangkan penggunaan kertas dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Memperkasakan pengajaran pensyarah
- Mewujudkan suasana pengajaran digital yang boleh dicapai di dalam dan di luar kelas.
No comments:
Post a Comment